Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Zahid hamidi beri amaran keras kepada pengguna media sosial

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran keras kepada media yang memutar-belitkan mengenai syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada bekas pengarah PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand semalam.

Zahid berkata, dengan penangkapan itu pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati maklumat yang diperolehi Xavier adalah secara tidak benar.

Tegas Zahid, ada media yang menggunakan maklumat daripada Xavier untuk diuli faktanya supaya memburukkan lagi imej syarikat terbabit sekaligus memburukkan imej perdana menteri.

"Banyak maklumat berkenaan diperoleh secara tidak benar dan faktanya juga diuli untuk memperlihatkan seolah-seolah ada perbuatan di luar tataetika urus niaga dan perundangan.

"Menguli berita dan fakta ini jelas daripada kajian setakat ini ada niat tersirat yang buruk dilakukan pihak berkenaan.

"Ia dimuat turun dan dianalisis akhbar mingguan perniagaan di Malaysia dan portal berita atas talian," kata Zahid dalam satu sidang media di Putrajaya.

Justeru itu, beliau akan mengerahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap media yang memutar-belitkan fakta 1MDB.

Zahid berkata, sebelum itu pihaknya akan melakukan satu siasatan terlebih dahulu bagi melihat akta yang bersesuaian dikenakan kepada media terbabit untuk didakwa dibawah akta yang bersesuaian. 

"Siasatan akan dilakukan terlebih dahulu bagi melihat akta yang bersesuaian bagi melakukan pendakwaan tetapi bagi akhbar mingguan perniagaan tentunya kami akan mengguna Akta Penerbitan dan Percetakan (1984)," katanya.

Beliau yang ditanya mengenai media yang memutar belit mengenai fakta itu memberitahu media yang dimaksudkannya itu ialah akhbar mingguan perniaagaan 'The Edge' yang memetik laporan daripada blog politik Sarawak Report.

"KDN dimaklumkan bahawa Xavier Andrea Gusto merupakan individu yang menyalurkan maklumat yang tidak tepat kepada blog politik Sarawak Report sehingga mencetuskan tuduhan tida berasas terhadap 1MDB," katanya.-
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment