Speechless! Itu reaksi kami apabila melihat foto isteri kepada pelakon Farid Kamil, Diana Danielle yang tampil sungguh berani di dalam sebuah majalah.
Malah foto berkenaan juga menunjukkan Diana Danielle memegang bendera USA yang digunakan untuk menutup sebahagian badannya.
Apa Kata Farid Kamil?
Menerusi temubual bersama majalah Esquire Malaysia, Diana Danielle berkongsi mengenai bagaimana permulaan kariernya di mana dia lebih selesa untuk memilih karya yang berkualiti dan yang benar-benar berpotensi menaikkan namanya.
Saya sangat memilih jika berkenaan dengan projek. Realitinya banyak skrip yang anda dapat adalah hanya membuang masa. Biarpun saya hanya mengambil satu atau dua projek dalam setahun, ia adalah projek yang betul-betul mampu melonjakkan nama saya.
Apa yang pasti Diana Danielle boleh dikatakan cukup berani kerana tampil sebegini. Mungkin sudah mendapat kebenaran suaminya Farid Kamil?
0 comments:
Post a Comment