Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tertangkap Imej Makhluk Aneh Ketika Bergambar di Pantai Lagun



Tidak semua benda dapat dilihat dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan keupayaan teknologi tertentu.



Sememangnya bukannya kita sahaja yang mendiami dunia ini tetapi terdapat banyak lagi makhluk-makhluk ciptaan Allah yang boleh kita lihat dengan mata kasar, dari sebesar bukit sehinggalah sebesar zarah kuman.

Contohnya adalah makhluk halus atau makhluk dari alam yang berbeza yang kadang-kadang dapat ditangkap menggunakan lensa kamera tanpa disengajakan. Itulah yang berlaku kepada saudari Sarah Mazlan.

Ketika di Pantai Lagun berhampiran dengan Masjid Terapung, dia bergambar bersama keluarganya. Apa yang anehnya setelah gambar ditangkap, barulah menyedari akan terdapat satu keanehan pada gambar tersebut.

Sekiranya anda perhatikan di tengah-tengah akak yang berpakaian serba hitam itu terdapat satu imej seakan-akan seekor beruk. Apa yang boleh dilihat di situ rupa sahaja beruk sahaja.

Gambar ini telah dikongsikan sendiri oleh Sarah Mazlan dan dia mengakui sendiri telah menangkap gambar tersebut dan tiada apa-apa penyuntingan dilakukan olehnya.

Lagipun perkara ini sudah tidak menghairankan lagi kerana sebelum ini juga sudah terdapat kes-kes yang serupa dengan ini. Wallahualam..
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment