Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAPATI ANWAR IBRAHIM BERSALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN






MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAPATI ANWAR IBRAHIM BERSALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN. Panel Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria sebulat suara mendapati DSAI bersalah melakukan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan kira-kira 7 tahun lalu. Hakim memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful... mengambil keputusan bahawa Saiful adalah saksi yang boleh dipercayai. Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan. Menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain. Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya. “Saiful tidak bersekongkol dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya. Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong. Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”. “Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya. Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya. Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar. Tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia. Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment