Bukan mudah untuk membina nama dalam perniagaan.
Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan.
“Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira tujuh juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh,” luah Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.
Datuk Vida mula menjadi tumpuan selepas menaja dua program besar iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 dan Gegar Vaganza sehingga membuatkan banyak gambar serta ceritanya disiarkan di media sosial.
Tagline ‘Qu Puteh barulah puteh’ sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan Datuk Vida dalam kedua-dua program itu menjadi sebutan sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Bukan setakat itu, ada juga yang mengubah dan menukar gambar Datuk Vida menjadi bahan ketawa, termasuk mengubah lirik lagu Apa Khabar serta mengaitkan dengannya.
“Sedih melihat gambar saya dijadikan bahan lawak, namun saya tidak ambil peduli.
“Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang,” katanya.
“Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya,” katanya.
Tambah Vida, walaupun menerima kutukan, dia tetap berhasrat terus menaja program hiburan selepas ini.
Tabah hati Datuk Vida ini. Kagum kami dengan semangat beliau.
0 comments:
Post a Comment