1 Jenama Sardin 3 Logo HALAL
Sama ada halal atau tidak, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja yang boleh jawab tentang status halal pada ketiga-tiga sardin dalam tin ini.
Ketiga produk ini dikeluarkan oleh satu syarikat yang membawa jenama sama dan dijual di hampir semua pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
Apa sebenarnya yang terjadi atau Jakim telah terlepas pandang sehingga ketiga-tiga logo halal ini boleh digunakan untuk pasaran terbuka oleh syarikat pengeluar sardin dalam tin terbabit?
Wartawan MalaysiaGazette yang membuat tinjauan di lima pasar raya mendapati, produk jenama ini dijual dalam susunan atas rak bersama beberapa jenama lain.
Disebabkan jenamanya sudah lama, pengguna tidak mempunyai keraguan dan sentiasa mendapat sambutan.
"Perkara halal dan haram ini tidak boleh dibiarkan kerana ini melibatkan akidah umat Islam. Mungkin Jakim tak sedar perkara seperti ini boleh berlaku dan pihak pengeluarnya pula ambil mudah sebab pada dasarnya sudah pun dapat kelulusan Jakim.
"Saya pun terkejut apabila mendapati tiga logo halal berlainan yang tertera pada tin sadin itu. Yang saya tahu, hanya satu sahaja yang Jakim benarkan," kata seorang pembeli, Mohd Salleh Baharuddin dari Ampang, Selangor.
Selain tiga logo tersebut, terdapat juga logo lain yang turut dilekatkan pada produk yang dikeluarkan oleh syarikat lain...
Bezanya, produk tersebut diimport dari negara luar dan boleh diterima akal jika logo halal yang digunakan bukan yang dibenarkan Jakim...
Pun demikian, jika bukan dibenarkan Jakim, kenapa ia boleh diguna pakai di negara ini? Persoalannya halal atau tidak dan sampai bila pengguna beragama Islam terpaksa menjadi mangsa penipuan pihak terbabit?
Sumber: MalaysiaGazette
0 comments:
Post a Comment