Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Whatsapp Terakhir Pasangan Suami Isteri Mangsa Bot Terbalik



Whatsapp Terakhir Pasangan Suami Isteri Sebelum Mati Lemas | “Alhamdulillah kami selamat menaiki bot,” itulah pesanan ringkas terakhir yang dikirimkan kepada anggota keluarga sebelum bot yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik di Kemaman semalam.


“-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita – Wanita pasti tergoda -..”

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Nur Hayati Sulong dan suaminya, Suhaimi Awang,  hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.

Keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar menyatakan Suhaimi mengirimkan pesanan itu beserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.


Sebaik menerima pesanan itu, mereka sekeluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.

Namun tidak sampai sejam, saya terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba, Yahaya Hanafi menyatakan operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment