Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Akhirnya!! Gadis 19 tahun & pasangan tewas di Kota Setar!


Pasangan suami isteri antara ditahan dalam serbuan AADK Jambatan Tok Pasai, semalam.
Pasangan suami isteri antara ditahan dalam serbuan AADK Jambatan Tok Pasai, semalam. 
KUALA KEDAH - Seorang ibu muda tergamak menjadikan anak kecilnya sebagai teman melepaskan gian bersama penagih lain di Jambatan Tok Pasai, di sini, semalam.

Wanita berusia 19 tahun berasal dari Pulau Pinang itu mengaku menggunakan wang upah mengutip derma bagi sebuah pertubuhan amal untuk membeli dadah.

Kegiatannya terbongkar selepas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah bersama 31 anggota penguatkuasa AADK Kota Setar dan Padang Terap melakukan serbuan di kawasan terbabit.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, seramai 65 penagih dadah termasuk pasangan suami isteri berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan.

"Ketika serbuan, ada penagih terjun ke sungai untuk meloloskan diri dan ada juga yang bawa anak termasuk pasangan muda suami isteri," katanya.

Menurutnya, semua penagih yang ditahan didapati positif dadah jenis opiat dan syabu.

"Seramai 62 penagih diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini untuk siasatan.Mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983) Pindaan 1998, dan tiga yang lain disiasat mengikut Seksyen 6 (2) akta sama kerana melanggar syarat-syarat  pengawasan," katanya.
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment